Koperasi Homestay Teluk ketapang
Sunday, 27 October 2013
LAWATAN MENTERI
DISCOVERY CHANNEL
Penggambaran dari Krew Black Dog TV bagi rancangan Discovery Channel di Teluk Ketapang. Rancangan ini memaparkan keunikan budaya masyarakat tepi laut. Antara segmen yang diambil ialah "Sirat jala", "Beruk Naik Nyor","Mainan Tradisional" dan Tarian.
Saturday, 26 October 2013
SIRAT JALA
Kemahiran yang semakin dilupakan dalam masyarakat nelayan terutama dikalangan anak muda. Aktiviti ini mengimbau kembali kaedah membuat jala yang menjadi peralatan utama nelayan pinggir pantai.
ANYAMAN DAUN KELAPA
Anyaman Daun Kelapa yang dijadikan berbagai bentuk merupakan aktiviti harian masyarakat di tepi laut sebagai salah satu bentuk hiburan dan juga hobi. Aktiviti ini telah menjadi salah satu aktiviti yang amat digemari oleh para pelancong di mana ianya akan memberikan satu pengalaman baru kepada mereka.
TARIAN TRADISIONAL
Para pengunjung akan dihiburkan dengan Tarian Kebudayaan Masyarakat Terengganu. Para penari terdiri dari anak-anak pengusaha Homestay. Keistimewaan kumpulan tarian ini adalah mereka membawa imej sopan yang sesuai dengan budaya masyarakat pantai timur dan islamik.
Antara tarian yang ditarikan adalah :
- Ulek Mayang
- Inang Rodat
- Jong-Jong Inai
- Selamat Datang
- Kain Songket
- Bukit Puteri
- Dikir Silat
- Endang
- Joget Terengganu
- Zapin Terengganu
TARIK PUKAT
Tarik Pukat merupakan aktiviti tradisional masyarakat di tepi laut. Aktiviti ini dibuat pada awal pagi iaitu seawal jam 7.00 ketika laut masih tenang. Sebuah bot akan digunakan untuk meletakkan pukat pada bahagian tepi laut dan para penduduk akan menarik pukat tersebut dari tepi pantai.
Setelah keseluruhan pukat di tarik, hasil akan dibahagikan kepada mereka yang ambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
Friday, 25 October 2013
RIVER CRUISE
River Cruise ditawarkan oleh Koperasi Homestay Teluk Ketapang melibatkan penggunaan Bot Penambang Tradisional Terengganu. para pelancong akan dibawa menikmati pemandangan indah disepanjang Sungai Terengganu melalui Pulau Duyung, Pulau Warisan serta Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Ruang yang luas di bahagian dalam bot akan memastikan pelancong sentiasa berada dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan disamping dapat menikmati juadah tradisional. Ianya pasti menjadi kenangan indah sepanjang lawatan di Terengganu.
Kadar bayaran sebanyak RM15 seorang bagi 1 trip perjalanan selama 1 jam amatlah berpatutan dan peluang ini amat rugi untuk dilepaskan jika berkunjung di Negeri Sang Penyu ini.
SELAMAT BERKUNJUNG KE TERENGGANU...
NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK..
Subscribe to:
Posts (Atom)