PENGENALAN





Koperasi Homestay Teluk Ketapang ditubuhkan pada tahun 2010 bagi mengendalikan segala aktiviti pelancongan di Kampung Teluk Ketapang. Menjelang tahun 2013, Koperasi ini diamanahkan oleh pihak Jawatankuasa Kampung untuk mengendalikan Projek Desa Lestari di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bernilai RM 4 Juta. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Penginapan Homestay, Rumah Rehat, River Cruise, City Tour, Tarian Tradisional Terengganu dan Masakan Tradisi Terengganu. Pihak kami juga menawarkan pakej ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian serta Tasik Kenyir.

Pengalaman anda bersama kami pasti menjadi memori indah untuk dikenangi.

TEROKAILAH KEINDAHAN TERENGGANU BERSAMA KAMI.....

WHERE NATURE EMBRACES HERITAGE

No comments:

Post a Comment